Sempena dengan berakhirnya tahun kewangan 2011/2012 ini saya ingin menyampaikan perkara-perkara berikut:
- Bagi Penerima-Penerima Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan KDYMM ke 65 (15 Julai 2011) seramai 138 orang, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas. Pengorniaan itu adalah merupakan pengiktirafan keatas kecemerlang pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. Semoga dengan Pengorniaan itu akan mendorong penerima-penerima untuk lebih gigih dan berusaha lagi.
Pengorniaan Pingat Kehormatan memanglah dihajati oleh setiap pegawai dan kakitangan Kementerian. Namum begitu janganlah kita jadikan ianya sebagai tujuan utama atau niat kita mengerjakan kerja-kerja harian. Tujuan utama atau niat kita adalah semata-mata untuk beribadat kerana Allah Subhanahu Wataala di samping berkhidmat kepada Negara dan Bangsa. Tujuan utama kita bukanlah untuk mendapat pujian atau penghormatan tetapi adalah kerana Allah Subahanahu Wataala semata-mata. Berpandulah kepada Ayat 12 Surah Al-Mulk yang berbunyi “Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperolehi keampunan dan pahala yang besar” . - Bagi Awang Abdul Muiz bin Mokhtar, seorang kakitangan di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama yang telah dipilih untuk mengetuai Pembaca Ikrar Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 28 tahun pada 23 haribulan Februari 2012, kita di Kementerian perlu amat berbangga dan berbesar diri dengan pemilihan beliau itu. Pemilihan Awang Muiz bin Mokhtar sememangnya berdasarkan beberapa ciri yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa berkenaan. Namun bagi saya, pemilihan beliau adalah berdasarkan kepada keterampilan, kebolehan dan kesungguhan Awang Muiz dalam menjalankan tugas dan peranan yang telah diberikan;
- Bagi Pasokan Dikir Syrafil Anam dari Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas persembahan yang telah ditunjukkan dihadapan Pentas Diraja semasa sambutan Maulidir Rasul di Taman Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada hari Isnin 6 haribulan Februari 2012. Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, tanpa menunggu giliran untuk membuat persembahan atau arahan dari Jawatankuasa Kebangsaan berkenaan, telah bersedia untuk menawarkan diri dan menurunkan pendikir-pendikir dari Kementerian bagi dalam aturcara utama tersebut;
- Begitu juga saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pasokan-pasokan dari Jabatan-Jabatan dan Bahagian-Bahagian di Kementerian ini yang telah membuat persembahan di Masjid-Masjid di Negara ini telah menampakkan kesungguhan, dan kesediaan untuk lagu-lagu dikir syrafil ‘anam dengan lantang dan bangganya;
- Dalam kegiatan sokan pula, walaupun Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama kurang menyerlah pada tahun ini, namun pasokan-pasokan dari Kementerian ini dalam acara-acara yang ditandingkan dalam Sokan Antara Kementerian-Kementerian seperti badminton, golf, lumba basikal serta Pertandingan Lumba Perahu Tradisi telah dapat memberikan tandingan dan cabaran yang hebat kepada lain-lain pasokan yang lebih besar dan kuat.
Adalah diharapkan pada masa-masa akan datang pasokan-pasokan dari Kementerian akan lebih berjaya dan meningkatkan mutu permainan dalam acara-acara yang akan dipertandingkan; - Kepada Pegawai-Pegawai dan kakitangan yang telah menamatkan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) pada Tahun Kewangan lepas, saya ucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian. Semoga segala pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi akan dapat digunakan dalam kerjaya mereka; dan,
- Bagi mereka yang telah berjaya untuk menjalani kursus Latihan Dalam Perkhidmatan )LDP) bagi Tahun Kewangan ini, syabas dan tahniah dengan pengorniaan tersebut semoga mereka akan berjaya dengan cemerlangnya dalam mengikuti kursus masing-masing.
- Bagi pegawai-pegawai dan kakitangan di KPSSU dan Jabatan-Jabatan serta Bahagia-Bahagian dibawahnya yang telah menunjukkan usaha dan taraf yang lebih cemerlang.
Kita sekarang ini telah memasoki bulan kedua dari tahun kewangan 2012/2013. Tahun Kewangan 2012/2013 ini adalah tahun yang amat mencabar bagi Negara Brunei Darussalam dan khasnya bagi Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. Tahun 2012 juga merupakan bermulanya perlaksanaan Rancangan Kemajuan Negara Kesepuloh (2012-2017). Disini saya ingin menyentoh beberapa perkara seperti berikut:-
- Kita akan meneruskan dengan lebih giat lagi usaha-usaha mempastikan adanya makanan yang mencukupi dan selamat bagi rakyat dan penduduk Negara ini. Usaha-usaha pada peringkat Jabatan dan Kementerian akan dipantau dan awasi dengan lebih rapi lagi. Jika sasaran tidak tercapai kita perlu mengenalpasti masalah-masalahnya supaya ianya tidak akan berterusan. Jika sekiranya sasaran telah tercapai pun kita juga perlu menkaji semula sasaran dan perkara-perkara yang dapat meningkatkan lagi pengeluaran dan penghasilan;
- Beberapa penekanan akan dilakukan di antaranya, perkara-perkara berikut:
o E-Business portal;
o Memantau perlaksanaan inisiatif-inisiatif dalam memperbaiki pencapaian dalam indeks EASE OF DOING BUSINESS (EODB);
o Perlaksanaan Pelan Induk Pelancungan (Tourism Master Plan);
o Perlaksanaan Kawasan-Kawasan Terkawal Marin (Marine Protected Areas);
o Penubuhan Pihak Yang Berkuasa Terhadap Hidupan Liar (Wild Life Authority);
o Mempercepatkan Pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mencapai Matlamat Menjadi Dekad 2010- 2020 ini untuk Memacu Perkembangan PKS;
o Menghidupkan semula Perusahaan-Perusahaan Tradisi dan Kotage;
o Meneruskan usaha-usaha untuk mempelbagaikan ekonomi dengan dengan menyiapkan prasarana seperti tapak-tapak perusahaan, kemudahan kewangan dan lain-lain dokongan, piawaian dan pembinaan keupayaan serta penembusan pasaran luar Negara; dan,
o Memantau dan membimbing pergerakan Koperasi;
Saya sudahi Selayang Pandang ini dengan meningatkan sekali lagi kepada semua pegawai dan kakitangan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama tentang peranan kita semua di Kementerian ini sebagai pemudah, penggerak dan pemangkin (catalyst) bagi pembangunan dan kepelbagaian ekonomi Negara Brunei Darussalam.
Wassalam.
YANG BERHORMAT
PEHIN ORANG KAYA SERI UTAMA DATO SERI SETIA AWANG HAJI
YAHYA BIN BEGAWAN MUDIM DATO PADUKA HAJI BAKAR,
MENTERI PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
HARI SELASA 1 HARIBULAN MEI 2012
BERSAMAAN DENGAN 9 HARIBULAN JAMADILAKHIR 1433





