|
Written by GKN
|
|
Tuesday, 30 October 2007 |
|
TAFSIRAN Di dalam Tambahan Peraturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maksudnya, maka :- - “Akta” maknanya Akta Koperasi Penggal 84 dan sebarang pindaan yang diperbuat kepadanya dari masa ke semasa
- “Pendaftar” maknanya Pendaftar Koperasi-Koperasi yang dilantik dibawah seksyen 3 (1) dari Akta Koperasi Penggal 84;
- “Peraturan-Peraturan” maknanya Peraturan-Peraturan yang dibuat didalam Akta di bawah seksyen 50 (1);
- “Tambahan Peraturan” maknanya Tambahan Peraturan ini dan termasuk pindaan-pindaan yang diperbuat kepadanya dari masa kesemasa;
- “Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan” (JTK) mempunyai makna yang diberi kepadanya dalam Tambahan Peraturan 19.1;
- “Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (AJTK)’’ maknanya seseorang yang dilantik dalam persidangan kebangsaan
menurut Tambahan Peraturan 19.1; - “GKN” maknanya Gabungan Koperasi Nasional Berhad, Negara Brunei Darusalam;
- “Ahli” maknanya koperasi-koperasi yang menjadi ahli kepada GKN dibawah Tambahan Peraturan 11;
- “Ahli Perwakilan” maknanya seseorang yang diwakilkan oleh ahli kepadanya di bawah Tambahan Peraturan 18;
- “Aktiviti” maknanya apa jua kegiatan yang diusahakan oleh GKN;
|
|
Last Updated ( Monday, 17 December 2007 )
|