|
Written by GKN
|
|
Tuesday, 30 October 2007 |
|
Objektif Gabungan Koperasi Nasional ialah: - Sebagai pusat tumpuan bagi menyatupadukan semua koperasi di Negara Brunei Darussalam dalam memaju dan memantapkan gerakan Koperasi.
- Mewakili dan menjadi suara rasmi gerakan koperasi Negara Brunei Darussalam.
- Menyedia dan memberikan bimbingan dan panduan dalam hal ehwal pentadbiran, pengurusan, perakaunan, audit dan lain-lain bidang gerakan ahli-ahlinya.
- Bersama mengembangkan prinsip-prinsip dan amalan koperasi dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam demi pembangunan dan kemajuan Negara.
- Menggalakkan penyelidikan dan pengkajian mengenai dengan peluang-peluang perniagaan dan keusahawanan gerakan koperasi.
- Memajukan pelajaran, latihan dan penerangan mengenai dengan ilmu koperasi, perniagaan dan perusahaan melalui persidangan, seminar, kursus, lawatan sambil belajar dan seumpamanya dalam dan luar negara.
- Membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk menggalakkan dan mengembangmajukan gerakan koperasi di Negara Brunei Darussalam.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti sosial dan ekonomi yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang boleh membantu dan memajukan aktiviti sosio-ekonomi ahli-ahli.
- Membantu ahli di dalam mengembang majukan pergerakan koperasi.
|
|
Last Updated ( Monday, 17 December 2007 )
|