Home arrow Wawasan & Misi arrow Peraturan arrow Sumber Kewangan
Sumber Kewangan PDF Print E-mail
Written by GKN   
Tuesday, 30 October 2007

SUMBER KEWANGAN

  1. Kumpulan wang hendaklah terdiri daripada:
(I) Bayaran Pendaftaran;
(II) Penjualan saham-saham;
(III) Sumbangan-sumbangan, derma-derma atau bantuan-bantuan wang yang lain;
(IV) Pendapatan dari sebarang perniagaan yang diusahakan oleh GKN;
(V) Bayaran-bayaran audit, dan lain-lain perkhidmatan;
(VI) Dalal-Dalal (Komisyen);
(VII) Pinjaman-pinjaman dan wang deposit;
(VIII) Sebarang kumpulan wang lain yang dibenarkan oleh Pendaftar;
(IX) Sebarang wang yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi Penggal 84;
(X) Dividen / keuntungan atas pelaburan;
  1. Kumpulan-kumpulan wang seperti Tambahan Peraturan 15.1 hendaklah di tumpukan untuk memajukan objektif-objektif seperti yang terkandung dalam Tambahan Peraturan 9.
  2. Mana-mana bahagian kumpulan wang tidak boleh dibahagi-bahagikan diantara ahli-ahlinya, walau dengan apa jua cara sekali pun melainkan disalurkan melalui perkhidmatan yang boleh mendatangkan faedah kepada ahli-ahlinya kecuali pembahagian dividen atas saham; bonus atas langganan dan projek perusahaan.
  3. Kumpulan wang ini hendaklah ditadbir oleh Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan untuk menentukan sebarang peruntukan bagi membiayai aktiviti-aktivitinya.
  4. Tiap-tiap Koperasi yang memohon untuk menjadi ahli hendaklah membayar wang pendaftaran sebanyak B$500.00 (Lima Ratus Ringgit Brunei Sahaja).
  5. Wang Pendaftaran hendaklah dijelaskan dalam masa tidak lewat dari tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan menjadi ahli. Jika tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut maka keahliannya akan dibatalkan.
Last Updated ( Monday, 17 December 2007 )
 
< Prev   Next >
"GKN Custom Template" by [ K.K. ] 1.21 FOS LAB Chong Studio. Please, don't remove this hidden copyleft! You have got this template gratis, so don't become a freak.